"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KJ janji akan terus sokong kerajaan perpaduan jika Dia menang jawatan presiden Umno

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata, Umno akan terus menyokong kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim sekiranya beliau atau sekutunya menjadi presiden parti.

Berucap dalam satu forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak, Khairy memberitahu beliau mahu kerajaan perpaduan ini bertahan dan stabil.

Forum yang diadakan di Singapura turut dihadiri Menteri Pengangkutan dan Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook.

“Ada kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan Umno, ia akan membawa ketidakstabilan politik serta kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Gerakan Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang perdana menteri baharu (akan) mengangkat sumpah.

“Loke, saya ingin katakan dengan jelas di hadapan semua orang di sini, jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan presiden, memenangi kepimpinan parti, kami akan memberikan sokongan kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim, dan kepada anda. ,” katanya sambil mendapat tepukan gemuruh orang ramai.

Khairy berkata, pemilihan Umno yang akan datang adalah “segala-galanya”, sambil menambah sama ada Umno perlu diperbaharui, relevan, atau “berehat dengan tenang”.

Beliau berkata, pemilihan parti adalah peluang Umno untuk melakar hala tuju baharu parti itu.

Bekas ketua pemuda Umno itu pernah menjadi Ahli Parlimen Rembau selama tiga penggal, tetapi bertanding di kerusi Sungai Buloh, yang disifatkan sebagai kubu kuat Pakatan Harapan, pada PRU15 lalu.

Bekas menteri kesihatan itu tewas kepada R Ramanan dari PKR dalam saingan tujuh penjuru.

Khairy antara salah seorang pemimpin Umno yang lantang dan menggesa presiden parti Ahmad Zahid Hamidi untuk meletakkan jawatan susulan kekalahan teruk BN pada PRU15.

Khairy pernah bertanding jawatan presiden Umno pada 2018 selepas BN tumbang buat pertama kali, namun beliau tewas kepada Zahid.

Tiada ulasan: