"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahdzir Khalid: Memang saya ke London, tapi bukan untuk bincang jatuhkan kerajaan’

Shahrul Shahabudin

PETALING JAYA: Naib Presiden Umno, Mahdzir Khalid mengakui beliau ke London baru-baru ini namun menafikan menghadiri apa-apa pertemuan untuk menjatuhkan kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Bekas menteri pembangunan luar bandar itu turut menafikan menemui mana-mana individu yang dikaitkan dengan khabar angin ‘Langkah London’.

“Kenapa pula tiba-tiba ada sekumpulan dan dikaitkan dengan nama saya pula kata kita ni pergi mesyuarat (Langkah London), dan kata kita berusaha nak memberi helah bagi mencari jalan bagi menjatuhkan kerajaan perpaduan?

“Pada saya, saya nafi benda tu. Tiada pun. Memang saya akui saya pergi (London) tapi saya tak jumpa siapa-siapa orang-orang yang disebut dalam tu,” katanya dalam temubual video yang disiarkan portal Malaysia Gazette sempena Perhimpunan Agung Umno yang bermula hari ini.

Mahdzir berkata, bekas perdana menteri Ismail Sabri turut menafikan penglibatan beliau dalam langkah politik tersebut.

“Ismail Sabri pun dah buat kenyataan dia pun tiada di London, dia ada di Dubai ke Abu Dhabi.

“Itu pun tak betul juga,” kata bekas Ahli Parlimen Padang Terap itu.

Langkah London sebelum ini menjadi bualan hangat apabila gambar memaparkan individu didakwa Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yassin dikatakan mengadakan pertemuan tertutup di London tersebar.

Gambar tersebut menimbulkan spekulasi yang membayangkan bahawa terdapat rancangan bagi menjatuhkan perdana menteri dan timbalannya Ahmad Zahid Hamidi.

Sebelum ini, Ismail turut menafikan beliau ada bercuti ke London baru-baru ini, sebaliknya ke Timur Tengah selain menganggap dakwaan yang mengaitkan beliau dengan ‘Langkah London’ itu sebagai fitnah jahat.

“Saya berada di Abu Dhabi dan Dubai untuk bercuti bersama keluarga. Kami melawat Warner Bros di Abu Dhabi.” kata Ismail.

Pada masa yang sama, Mahdzir turut menyatakan keyakinan beliau bahawa rundingan kerusi melibatkan BN dan PH Kedah akan berjalan lancar bagi menghadapi PRN Kedah tahun ini.

Katanya, kedua-dua pihak akan berbincang bagi pembahagian kerusi yang akan ditandingi mereka kelak.

“Kalau di Kedah tu tiada nak korban apalah, semua kerusi mereka (PH).

“Berapa banyak kerusi yang kita dapat berdasarkan kepada perbincangan itu nanti,” katanya.

Tiada ulasan: