"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Waspada sindiket ‘bayar tunai kerja kerajaan’, SPA beri amaran

FMT Reporters
Tangkap layar komunikasi antara pencari kerja dengan sindiket menggunakan akaun palsu.
PETALING JAYA: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memberi amaran supaya orang ramai tidak terpedaya dengan penipuan tawaran kerja dalam perkhidmatan awam dengan bayaran tertentu.

SPA berkata, pihaknya mengenal pasti sindiket penyamaran yang menggunakan nama pesuruhjaya dan pegawai SPA untuk mewujudkan akaun media sosial palsu bagi menawarkan perkhidmatan itu.

“Sindiket ini aktif di platform Telegram dan menggunakan nama serta gambar pegawai SPA dalam usaha memperdayakan mangsa,” katanya dalam hantaran dimuatkan dalam laman web, baru-baru ini.

“SPA memandang serius perkara ini dan menasihatkan calon tidak terpedaya dengan sindiket itu kerana tidak wujud sebarang jenis pembayaran bagi mendapatkan kerja dengan kerajaan,” katanya dalam notis amaran dilihat FMT.

SPA juga memuat naik beberapa tangkap layar komunikasi antara pencari kerja bersama sindiket yang meminta pembayaran bermula RM500 hingga RM3,000 bagi jawatan ditawarkan.

Sekiranya orang awam mempunyai sebarang maklumat atau info mengenai sindiket terbabit, sila maklumkan secara emel kepada unit.integriti@spa.gov.my (https://spa.gov.my/spa/) bagi tindakan lanjut.

Tiada ulasan: