"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja lelaki ditahan selepas mayat separuh bogel ditemui dalam longkang

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan satu mayat dalam keadaan separuh bogel dekat sebuah ladang kelapa sawit di Brantian, Tawau pada Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Jasmin Hussin berkata, mayat itu ditemui orang awam dalam longkang, dengan leher dijerut dan tangan mangsa diikat.

Katanya, laporan penemuan mayat remaja perempuan berusia 15 tahun yang disyaki dibunuh itu diterima daripada pengurus ladang terbabit pada 2.45 petang.

“Terdapat juga beberapa kecederaan pada tubuh mangsa, iaitu koyakan pada bahagian kepala sebelah kiri, dipercayai disebabkan objek keras, selain tangan dan leher diikat menggunakan pita pelekat berwarna hitam.

“Mayat itu kemudiannya dibawa ke Hospital Tawau untuk bedah siasat dan polis masih menunggu hasil laporan bagi mengetahui punca kematian, termasuk sama ada mangsa dirogol atau tidak,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Jasmin berkata, hasil siasatan mendapati suspek dan mangsa adalah anak pekerja ladang warga asing yang tinggal di kawasan kejiranan sama.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan suspek kini direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini.

Tiada ulasan: