"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PRN Selangor: Amanah, Umno sasar pengundi sama; tak logik PKR serah kerusi Azmin

Anne Muhammad

PETALING JAYA: Barisan Nasional akan terpaksa bertolak ansur dalam rundingan PRN dengan Pakatan Harapan di Selangor, meskipun pilihan kerusi yang ada adalah terhad, kata penganalisis.

Azmi Hasan dari Akademi Nusantara berkata BN dan Umno akan beralah memandangkan mereka tewas di semua kerusi di Selangor pada PRU lepas.

Beliau berkata, rundingan kerusi di Selangor mungkin sukar kerana Amanah dan Umno mensasarkan kumpulan pengundi sama iaitu kerusi majoriti Melayu, serta keinginan PKR merampas kembali Bukit Antarabangsa dan Gombak Setia.

“Kalau ada kerusi yang diagihkan kepada Umno, kemungkinan kerusi itu (kerusi) Melayu dan pengundi Melayu itu (sasaran) Amanah,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, sebelum ini Amanah menjadi pilihan untuk kerusi majoriti Melayu, namun kerjasama PH-BN menimbulkan perkiraan lain.

“Dalam keadaan tertentu Umno dilihat lebih berpengaruh daripada Amanah,” katanya.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pusat Amanah, Sany Hamzan, mendedahkan PH Selangor akan mempertahankan semua kerusi dimenangi pada PRU14, dan rundingan dengan BN membabitkan kerusi Perikatan Nasional.

Dalam kedudukan sekarang, terdapat lima kerusi PN iaitu Bukit Antarabangsa, Gombak Setia, Selat Klang, dan Dengkil yang diduduki Bersatu, dan Sijangkang, diduduki PAS.

Azmi percaya PKR ingin merampas Bukit Antarabangsa dan Gombak Setia, yang dimenangi bekas ahlinya, Azmin Ali dan Hilman Idham.

“Tak logik bagi PKR untuk beri laluan kepada BN. Pada saya, PKR mempunyai ‘hak’ pertahankan kerusi mereka,” katanya.

Kerusi bukan PN adalah Lembah Jaya dan Sementa (Parti Bangsa Malaysia) yang juga dimenangi bekas ahli PKR, Batang Kali dan Jeram (Pejuang), Teratai (Warisan), dan Kuang (Bebas).

Sementara itu, Mohd Azizuddin Mohd Sani dari Universiti Utara Malaysia percaya faktor MIC dan MCA akan menambahkan kerumitan dalam rundingan PRN.

“MCA dan MIC akan kemukakan kawasan yang mereka nak tanding,” katanya.

Beliau berkata, PH dan BN perlu bertolak-ansur atau menjanjikan jawatan kepada MCA dan MIC.

“Beri jawatan speaker atau jawatan lain, tak semestinya jadi calon,” katanya.

Azmi pula meramalkan Umno akan membolot semua kerusi yang ditawarkan kepada BN.

“Saya rasa Umno tidak akan memberikan kerusi kepada MIC dan MCA,” katanya.

Tiada ulasan: