"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak

FMT Reporters

PETALING JAYA: Wang tunai bantuan awal persekolahan (BAP) berjumlah RM109,000 yang baharu sahaja dikeluarkan daripada sebuah bank lesap dilarikan perompak selepas memecah cermin kenderaan milik mangsa dalam kejadian di Semenyih, dekat Kajang padi tadi.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, wang BAP berkenaan baharu sahaja dikeluarkan guru besar sebuah sekolah dari sebuah bank di Kampung Baru Semenyih sebelum wang berkenaan ditinggalkan di dalam kenderaan milik mangsa.

Ketua Polis Kajang Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan lanjut mendapati, selepas mangsa yang berusia 50 tahun mengeluarkan wang tersebut yang berada di dalam sebuah beg, ia kemudian telah ditinggalkan di dalam kenderaan mangsa jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang.

Katanya, mangsa kemudian pergi ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila dia kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kereta miliknya telah dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya dalam kenyataan.

Zaid berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Katanya, polis kini giat berusaha mengesan suspek yang terlibat dan mana-mana orang awam yang ada mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.

Tiada ulasan: