"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki patah leher jatuh dari bumbung kereta

KOSMO!
Gambar menunjukkan detik-detik seorang lelaki jatuh dari bumbung sebuah kereta di Durban minggu lalu. - Foto Daily Mail
DURBAN – Seorang lelaki menemui ajal selepas terjatuh daripada bumbung kereta dan patah leher dalam kejadian di Afrika Selatan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Video ngeri berdurasi 25 saat yang dirakam oleh seorang penumpang kereta lain itu menunjukkan mangsa berdiri di atas bumbung kereta jenis Volkswagen Polo di Durban. 

Dia mendepakan tangannya ke langit tetapi selepas hanya lima saat, lelaki itu jatuh terlentang dan berguling beberapa kali. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Kepala mangsa menghempap tanah manakala lehernya patah.

Tubuh lelaki itu terbaring tidak bergerak di atas jalan raya. Bunyi dentuman kedengaran apabila kepalanya terhantuk di jalan raya. 

Bagaimanapun, Pejabat akhbar Perkhidmatan Polis Afrika Selatan berkata, pihaknya tidak menerima laporan berhubung insiden itu yang berlaku di hadapan Hotel Wellington, Durban, lewat minggu lalu. – Agensi

Tiada ulasan: