"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ada apa-apa ke? KJ memuat naik gambarnya bersama Muhyiddin

Rohaniza Idris dan Mahani Ishak
am@hmetro.com.my
GAMBAR Khairy Jamaluddin bersama Muhyiddin yang dimuat naik di InstaStory.
GAMBAR Khairy Jamaluddin bersama Muhyiddin yang dimuat naik di InstaStory.
Kuala Lumpur: Bekas Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin Abu Bakar sekali lagi menimbulkan tanda tanya apabila memuat naik gambarnya bersama Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Gambar itu dimuat naik di InstaStory kira-kira dua jam lalu, tanpa Bekas Menteri Kesihatan berkenaan memberi sebarang keterangan.

Kedua-dua individu berkenaan pula kelihatan tersenyum.

Sebelum ini, media melaporkan, Khairy akan mengadakan perjumpaan dengan kepimpinan PN bagi membincangkan berkaitan penyertaannya dalam gabungan politik itu.

Muhyiddin pula dilaporkan berkata, beliau sudah menetapkan tarikh iaitu dalam minggu hadapan untuk perjumpaan itu diadakan.

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebelum ini dilaporkan menawarkan jawatan dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) kepada Khairy.

Sementara itu, Ketua Penerangan Bersaru Datuk Razali Idris mengesahkan pertemuan Muhyiddin dan Khairy, namun enggan mendedahkan bila ia diadakan.

Beliau turut mengesahkan pertemuan itu diadakan di kediaman Muhyiddin bagi membincangkan tawaran Bersatu namun enggan mendedahkan keputusannya.

"Memang ada pertemuan di rumah Tan Sri (Muhyiddin), namun kita tunggu nanti kenyataan Presiden.

"Namun, saya sahkan Khairy tidak akan menubuhkan parti baru dan parti mana akan disertainya, kita tunggu kenyataan rasmi beliau sendiri," katanya kepada BH.

Tiada ulasan: