"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemancing kempunan RM13 juta hasil tangkapan hilang kelayakan

KOSMO!
Pasukan Sensation bergambar bersama ikan marlin biru yang ditangkap, yang mempunyai kesan gigitan jerung. – WNCT9
RALEIGH, CAROLINA UTARA – Sekumpulan pemancing terpaksa berputih mata apabila kemenangan mereka dibatalkan penganjur selepas ikan marlin yang ditangkap disahkan mempunyai kecacatan akibat gigitan jerung, lapor akhbar New York Post semalam.

Kejohanan Big Rock Blue Marlin di negeri Carolina Utara, Amerika Syarikat itu berakhir dengan kontroversi apabila kemenangan kumpulan Sensation dibatalkan.

Kumpulan tersebut menangkap seekor ikan marlin dengan berat 280 kilogram  pada Sabtu lalu, yang sepatutnya melayakkan mereka menerima hadiah wang tunai berjumlah AS$3 juta (RM13.9 juta). 

Namun, kemenangan mereka kemudian dibatalkan kerana ikan marlin tersebut mempunyai kesan gigitan jerung.

“Kami mengesahkan bahawa ikan marlin biru seberat 280 kilogram yang ditangkap kumpulan Sensation dibatalkan kelayakan kerana kecacatan yang disebabkan oleh gigitan jerung atau haiwan marin lain.

“Ikan itu telah digigit sebelum ia dinaikkan ke atas bot justeru, ia hilang kelayakan,” kata pegawai kejohanan itu dalam satu kenyataan.

Sementara itu, ketua kumpulan Sensation, Greg McCoy memberitahu akhbar Washington Post bahawa dia dan pasukannya percaya mereka adalah pemenang selepas bergelut menaikkan ikan marlin itu selama berjam-jam.

“Ia adalah jam terakhir, hari terakhir, dan kami bertungkus-lumus untuk menaikkannya selama enam jam. Keputusan ini amat sukar diterima,” katanya.

Sebuah kumpulan bergelar Sushi akhirnya diumumkan sebagai pemenang kejohanan itu selepas menaikkan ikan marlin biru seberat 219.7 kilogram. – Agensi 

Tiada ulasan: