"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dr Mahmood Zuhdi kembali ke rahmatullah

Malaysiakini

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Prof Emeritus Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid meninggal dunia pada jam 10.20 malam tadi.

Berita duka itu dikongsikan pentadbir laman Facebook rasmi Allahyarham dan Majlis Dakwah Negara lewat malam tadi .

Dr Mahmood Zuhdi merupakan tokoh akademik dan pendakwah terkemuka.

Allahyarham merupakan bekas pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (1995 ke 2003) manakala dari tahun 1985 hingga 1990, Mahmood telah dilantik sebagai dekan fakulti syariah universiti sama.

Sepanjang hidupnya, Allahyarham pernah berkhidmat antaranya sebagai ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kelantan (1990 – 2012), panel hakim Mahkamah Rayuan Syariah Kelantan (1990 – 2012), Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) (2010 - 2016) serta pengerusi Majlis Dekan Pengajian Islam Malaysia (2012 - 2014).

Solat jenazah Allahyarham akan dilakukan di Masjid Tun Abdul Aziz (Masjid Bulat) Seksyen 14 Petaling Jaya pada jam 10.30 pagi ini.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara kira-kira jam 11 pagi ini.

Tiada ulasan: