"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tiada pekerjaan tetap, lelaki sanggup jual bekas isteri pada harga RM77

MAISARAH AISYA

Tindakan kejam seorang lelaki menjual bekas isteri sendiri bawa padah apabila dia ditahan polis.

Menurut Kumparan News, Muhammad Iqbal Habib menjual bekas isteri melalui satu aplikasi.

Pihak polis memaklumkan bahawa suspek berjaya ditahan pada Jumaat lalu di Wisma Cemara, Riau Indonesia.

Perbuatan suspek terbongkar setelah polis mendapat laporan berhubung aktiviti pemerdagangan orang yang berlaku di kawasan tersebut.

Bertindak atas maklumat, Pasukan Petugas Siasatan Jenayah Polis Dumai segera mendapatkan suspek yang berada di perkarangan Wisma Cemara.

Baru berusia 19 tahun, suspek ditahan ketika sedang melakukan urusan jual beli bekas isteri bersama seorang lelaki manakal mangsa ditemukan dalam sebuah bilik.

Suspek dikatakan menawarkan bekas isterinya kepada seorang lelaki dengan harga 250,000 Rupiah (RM77) dan keuntungan yang diterima sebanyak 150,000 Rupiah (RM46).

Suspek mengaku tidak mempunyai pekerjaan tetap, jadi dia terpaksa menjual bekas isterinya.

Susulan itu, suspek akan menjalani prosiding undang-undang dan jika disabitkan kesalahan dia boleh dihukum lima tahun penjara.

Pada masa sama, mangsa mendedahkan bahawa dia sudah dua kali dijual menerusi aplikasi terkenal di Indonesia.

Tiada ulasan: