"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Perodua Axia E ‘mampu milik’ abai ciri keselamatan, dakwa Wee

FMT Reporters

PETALING JAYA: Bekas menteri pengangkutan, Wee Ka Siong menegaskan soal keselamatan tidak patut diambil ringan semata-mata kerana ingin menjadikan sesebuah kenderaan mampu milik.

Beliau merujuk model baharu Perodua, Axia E, yang dijual pada harga RM22,000, namun tanpa Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), yang menurutnya, teknologi penting pada kenderaan yang dapat mengurangkan risiko kemalangan.

Katanya, pengurangan spesifikasi keselamatan kenderaan bukanlah penyelesaian yang patut diambil bagi membantu rakyat memiliki kenderaan.

“Kajian menunjukkan bahawa ESC dan teknologi anti-gelincir lain bagi kenderaan boleh menghalang kira-kira 40% kematian dan pelanggaran daripada kemalangan akibat hilang kawalan.

“Itulah sebabnya Kementerian Pengangkutan bawah pentadbiran Liow Tiong Lai sebagai menteri sebelum ini mewajibkan semua kereta baharu memiliki ESC mulai 1 Jun 2018,” katanya di Facebook.

Beliau menggesa Perodua agar melihat semula model terbaharu ini, yang turut tidak mempunyai kunci pusat yang membolehkan empat pintu kenderaan dikunci secara automatik.

“Saya difahamkan bahawa spesifikasi Axia-E adalah berdasarkan kelulusan yang diberikan bawah NCAP pada 2014.

“Tetapi zaman telah berlalu, dan kita mempunyai pengetahuan serta kepakaran yang lebih baik dalam bidang ini,” katanya.

Wee yang juga presiden MCA, menzahirkan kebimbangan kekurangan ciri keselamatan pada Perodua Axia-E akan menjadi “rujukan akan datang yang membimbangkan”.

“Tidak mustahil pengilang akan menggunakan ini sebagai alasan untuk mengabaikan ciri-ciri keselamatan yang paling asas,” katanya.

Model Perodua Axia E dilancarkan pada Khamis lalu, disasarkan terutamanya kepada penunggang motosikal yang ingin memiliki kereta, sekolah memandu, dan golongan berpendapatan rendah.

Tiada ulasan: