"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ku Li ‘ikon politik’ selepas Nik Aziz, pemimpin Amanah cadang ketuai jentera Kelantan

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah mencadangkan veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dilantik pengarah pilihan raya Barisan Nasional-Pakatan Harapan bagi PRN Kelantan.

AJK Pimpinan Amanah Wan Abdul Rahim Wan Abdullah menyifatkan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai ‘ikon politik’ yang boleh mencetuskan gelombang di Kelantan, selepas Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Ketokohan Tengku Razaleigh mampu meninggalkan impak positif kepada gabungan parti di bawah kerajaan perpaduan terbabit dalam mencapai keputusan lebih positif pada PRN.

“Hanya Tengku Razaleigh yang boleh menjadi ikon politik selepas pemergian Nik Abdul Aziz Nik Mat,” katanya menurut Berita Harian.

Wan Abdul Rahim berkata gabungan itu berpeluang mempertahankan sekurang-kurangnya lapan DUN yang dimenangi pada PRU14, dengan kemungkinan menawan 16 kerusi pada PRN kelak.

“Bagaimanapun, keadaan ini bergantung kepada susunan yang akan dibuat oleh pihak sekretariat kerajaan perpaduan nanti,” katanya, dan menambah beliau dimaklumkan pembahagian kerusi BN-PH sudah 90% selesai namun belum muktamad.

Tiada ulasan: