"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bikers berbalah kerana parkir kena saman

FARAHWAHIDA AHMAD
ANGGOTA polis trafik menyaman salah seorang pemilik motosikal berkuasa tinggi yang meletakkan kenderaannya di kaki lima jalan di Jalan Majidi, Muar dekat Johor
MUAR – Keadaan tegang dan perang mulut antara sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi dan peniaga tular di media sosial apabila penunggang meletakkan motosikal di kaki lima kedai di Jalan Majidi, di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihaknya mengesan tiga video yang dimuatnaik oleh seorang individu memaparkan kejadian penunggang motosikal terbabit membuat provokasi terhadap individu terbabit.

Ujarnya, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.15 pagi semalam dan Pusat Kawalan Daerah Muar menerima panggilan memaklumkan terdapat pertelingkahan antara sekumpulan penunggang motosikal dan orang awam.

“Sejurus selepas itu sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar digerakkan ke lokasi kejadian.

“Pihak polis berjaya meleraikan pertelingkahan berlaku dan meminta kerjasama penunggang motosikal untuk mengalihkan kenderaan di parkir di kaki lima.

“Polis turut mengeluarkan tiga saman atas kesalahan menghalang laluan kepada pemilik kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Raiz Mukhliz, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku akibat tindakan sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi meletakkan kenderaan di kaki lima kedai terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: