"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Warga asing cabul kehormatan wanita di pasar malam dicekup

Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki warga asing selepas disyaki mencabul kehormatan wanita dalam kejadian di tapak pasar malam di Taman Perpaduan, dekat Tambun, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, terdapat video tular berdurasi 14 saat memaparkan kes tangkapan suspek cabul kehormatan di tapak pasar malam terbabit.

Menurutnya, suspek berusia 20 tahun itu ditangkap susulan laporan polis yang dibuat oleh mangsa kejadian iaitu seorang wanita berusia 36 tahun semalam.

"Perintah reman suspek itu selama tiga hari bermula hari ini hingga Jumaat ini sudah diperoleh bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu kerana cabul kehormatan.

"Polis mengesahkan terima laporan polis mengenai kejadian cabul itu semalam daripada mangsa dan suspek yang melakukan perbuatan jenayah itu sudah ditangkap.

"Kini kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum merujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi cadangan pertuduhan," katanya dalam kenyataan petang ini.

Tiada ulasan: