"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pegawai polis disyaki memandu melawan arus, mabuk ditahan

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pegawai polis ditahan selepas disyaki memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus di Jalan Cheras di sini, kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 35 tahun terbabit turut menunjukkan isyarat lucah terhadap anggota polis yang memeriksanya.

Menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira 4 pagi semasa dua anggota polis sedang bertugas dan melihat sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melawan arus.

"Anggota terbabit mengekori kenderaan berkenaan dan mengarahkan pemandu berhenti.

"Pemandu dipercayai di bawah pengaruh alkohol dan semasa anggota mahu menjalankan pemeriksaan, lelaki itu enggan memberikan kerjasama dan menunjukkan isyarat lucah," katanya.

Sumber berkata, anggota kemudian menahan pemandu itu dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin mengesahkan penahanan pegawai terbabit.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: