"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kalau sudah ajal...

AFP
BELLA Montoya sebelum ini tersilap diisytiharkan mati pada 9 Jun. FOTO Agensi
BELLA Montoya sebelum ini tersilap diisytiharkan mati pada 9 Jun. FOTO Agensi
Quito: Seorang wanita warga emas di Ecuador yang menggemparkan Ecuador apabila bangun dari dalam keranda selepas diisytiharkan mati pada 9 Jun lalu, kini sah meninggal dunia, kata pihak berkuasa pada Ahad.

Satu video tular disiarkan di media sosial minggu lalu menunjukkan Bella Montoya, 76, bangun dari dalam keranda yang terbuka, dalam keadaan sukar bernafas, manakala ketika itu dua lelaki membantunya.

Anak lelakinya, Gilbert Barbera berkata, terdahulu, Montoya mengetuk dari dalam keranda kerana mungkin terdesak untuk keluar ketika saudara-mara meratapi 'kematiannya'.

Montoya tersilap diisytiharkan mati pada 9 Jun.

Jabatan kesihatan wilayah berkata, selepas melalui pengalaman pahit itu, Montoya ditahan di hospital di bandar Babahoyo, namun wanita itu meninggal dunia akibat angin ahmar pada Jumaat lalu.

"Kali ini, ibu saya benar-benar meninggal dunia. Hidup saya tidak akan sama," kata Barbera dipetik akhbar El Universo.

Kementerian Kesihatan sudah mengarahkan siasatan mengapa wanita itu diisytiharkan mati secara silap buat kali pertama.

Laporan berita tempatan berkata, Montoya mengalami keadaan yang dipanggil katalepsi, di mana seseorang tidak sedarkan diri dan badannya menjadi kaku.

Tiada ulasan: