"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tegur anak buat bising, warga emas maut dipukul

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang warga emas maut dipukul anaknya yang tidak berpuas hati kerana ditegur membuat bising di rumah mereka di Taman Temiang, Muar semalam.

Ketua Polis Muar, Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata pihaknya dimaklumkan berlaku pergaduhan menggunakan senjata tajam antara dua beranak itu pada 8.20 malam Ahad.

Menurutnya, mangsa yang berusia 73 tahun maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala serta leher.

“Kejadian dipercayai berlaku selepas wanita itu menegur suspek kerana membuat bising menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa menggunakan senjata tajam,” katanya menurut Sinar Harian.

Raiz berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah untuk bedah siasat.

Katanya, suspek lelaki berusia 47 tahun ditahan di tempat kejadian, manakala pisau dan kapak yang disyaki senjata tajam digunakan dalam kejadian itu turut dirampas.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod psikiatri lampau dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: