"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki mabuk ajak swafoto lepas tumbuk pekerja kedai

Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
Rakaman CCTV menunjukkan suspek menumbuk remaha yang juga pekerja di kedai serbaneka. FOTO Ihsan Shahrul Aminshah

Rakaman CCTV menunjukkan suspek menumbuk remaha yang juga pekerja di kedai serbaneka. FOTO Ihsan Shahrul Aminshah
Kajang: Pekerja sebuah kedai serbaneka di Bandar Rinching di sini, cedera di muka selepas ditumbuk lelaki mabuk kerana menegurnya mengambil payung di dalam premis berkenaan malam tadi.

Bapa mangsa, Shahrul Aminshah Aziz, 40, berkata anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu berkerja sambilan di kedai serbaneka itu selepas menamatkan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Ketika kejadian dua lelaki yang mabuk masuk ke premis dan cuba mengambil payung.

"Anak saya menegurnya namun kemudian ditumbuk salah seorang lelaki terbabit. Apa yang menjengkelkan adalah tindakan lelaki terbabit yang mengambil swafoto anak saya selepas ditumbuk," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, anaknya kini menerima rawatan di Hospital Kajang akibat kecederaan di bahagian muka.

"Laporan polis sudah dilakukan di Balai Polis Kajang untuk tindakan lanjut, saya mohon mana-mana individu yang mengenali lelaki ini tampil memberikan maklumat kepada polis," katanya.

Sementara itu, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan ianya dalam tindakan pihak polis untuk mengesan suspek.

Tiada ulasan: