"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Dua termasuk Ahli Parlimen didakwa di mahkamah esok berkaitan pengubahan wang haram

Ilah Hafiz Aziz
illahhafiz.abdulaziz@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki hari ini mengesahkan, seorang Ahli Parlimen dan seorang ahli politik berjawatan timbalan ketua bahagian akan dituduh di mahkamah di sini, esok berkaitan kes pengubahan wang haram.

Beliau bagaimanapun enggan memberi butiran lanjut mengenainya.

Begitupun sumber memaklumkan BH, Ahli Parlimen berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan pengubahan wang haram di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613).

Beliau dipercayai bakal berdepan lebih 15 pertuduhan dengan nilai pengubahan wang haram dianggarkan berjumlah kira-kira RM6 juta.

Ahli Parlimen terbabit sudah pun dipanggil ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya hari ini untuk diambil keterangan sebelum dituduh esok.

Sumber berkenaan juga memaklumkan, seorang timbalan ketua bahagian parti politik sama juga akan dituduh atas kesalahan di bawah seksyen sama.

"Ia membabitkan nilai wang berjumlah kira-kira RM500,000 di mahkamah sama.

"Individu sama itu juga akan dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam lusa bagi menghadapi beberapa pertuduhan dengan nilai lebih RM3 juta dengan semua pertuduhan adalah di bawah seksyen sama," katanya.

Tiada ulasan: