"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis lepas tembakan, tahan suspek samun bersenjata

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang anggota polis terpaksa melepaskan tembakan selepas diseret sebuah kereta ketika cuba menahan dua suspek yang disyaki baru melakukan samun bersenjata dalam satu kejadian di Teluk Intan, Perak semalam.

Ketua Polis Hilir Perak Ahmad Adnan Basri, berkata dalam kejadian itu anggota polis berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dua suspek itu berjaya ditangkap dengan seorang daripada mereka cedera di bahu akibat ditembak.

Adnan berkata polis pada mulanya mengekori sebuah kereta Perodua Myvi dinaiki dua lelaki berusia 28 dan 31 tahun selepas menerima aduan mengenai satu kejadian samun bersenjatakan parang di Ipoh, lapor Berita Harian.

Ketika sampai berhampiran Masjid Labu Kubong di Teluk Intan, anggota polis berkenaan cuba melakukan tangkapan tetapi kereta itu tiba-tiba membuat pusingan U dan mengundur lalu melanggar kenderaan yang dinaiki anggota polis.

“Seorang anggota polis cuba untuk membuka pintu kereta suspek untuk melakukan tangkapan tetapi kenderaan itu mengundur secara tiba-tiba dan menyeret anggota tersebut.

“Untuk mempertahankan diri anggota polis itu terpaksa melepaskan satu das tembakan ke arah kereta itu,” katanya.

Katanya, seorang suspek berjaya ditangkap di lokasi kejadian manakala pemandu kenderaan itu pula terus mengundurkan keretanya hingga dihalang oleh sebuah kenderaan awam.

“Pemandu kereta itu berjaya melarikan diri tetapi berjaya ditahan di Kampung Rapat Ipoh. Suspek yang cedera di bahu akibat terkena tembakan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

“Polis juga berjaya menemukan paket disyaki dadah jenis heroin serta peralatan yang dipercayai digunakan dalam kejadian samun semasa tangkapan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, semakan juga mendapati suspek yang memandu kereta terbabit mempunyai 24 rekod jenayah, manakala rakannya memiliki 11 rekod lampau.

Tiada ulasan: