"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Wanita maut dirempuh kereta dipandu remaja 14 tahun

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang wanita maut selepas motosikal dinaiki bersama kakaknya dirempuh sebuah kereta dipandu remaja perempuan berusia 14 tahun di Jalan Kuala Kedah, Alor Setar semalam.

Nur Shafiqah Abdullah, 32, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kakaknya Nooraliza 43, mengalami kesakitan di bahagian dada, pinggang dan kaki kiri.

Pemangku Ketua Polis Kota Setar Syed Basri Syed Ali berkata dua beradik berkenaan menaiki motosikal Honda Wave dari lampu isyarat Taman Bersatu menghala ke Kuala Kedah manakala kereta Proton Satria dipandu remaja terbabit dari arah bertentangan.

“Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke pembahagi tengah jalan sebelum masuk ke arah bertentangan,” katanya menurut Kosmo.

Menurutnya, kereta itu kemudian bertembung dengan motosikal dinaiki Nur Shafiqah dan kakaknya menyebabkan mangsa maut di lokasi kejadian manakala kakaknya pula cedera di beberapa bahagian badan.

Menurut Syed Basri, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan awal mendapati kemalangan berpunca akibat kecuaian pemandu.

“Remaja terbabit yang tidak bekerja dan tidak bersekolah dipercayai memandu kereta milik rakan ibunya,” katanya yang turut menjelaskan kejadian berlaku ketika hujan dan jalan basah.

Tiada ulasan: