"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MP Eropah mahu kenakan sekatan kerana kita perjuang Palestin

HARAPAN DAILY 

Ahli Parlimen Eropah mahu mengenakan sekatan terhadap Malaysia ekoran pendirian Malaysia yang tidak berbelah bagi dalam memperjuangkan isu Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau bagaimanapun tidak gentar dengan ugutan sedemikian.

“Ada ahli Parlimen Eropah yang bangkitkan. Ada yang usul langsung (sekatan terhadap Malaysia) dari salah seorang ahli Parlimen Eropah.

“Ia tak jadi masalah (bagi pihak Malaysia). Kita jangan hiraukan soal itu (usul sekatan). Kita ada urusan kerja dan kita teruskan.

“Kita (akan terus) terpaksa menyuarakan pandangan (berhubung penindasan Israel terhadap Palestin) daripada Malaysia,” katanya kepada media selepas melancarkan Karnival Dekad Bahasa Kebangsaan dan Dekad Membaca Kebangsaan 2023 di Universiti Multimedia (MMU).

Dalam pada itu, beliau turut yakin dengan kewibawaan Polis Diraja Malaysia susulan ugutan yang diterima.

“IGP (Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain) ada. Mereka akan uruskan. Kita tak akan bimbang. Kita akan teruskan kerja kita,” katanya.

Ketika Himpunan Malaysia Bersama Palestin semalam, Anwar turut mendedahkan perkara ini.

Tiada ulasan: