"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pas tiada tempat di bumi Borneo

NORMAN RADZUAN

Keghairahan Perikatan Nasional (PN) memainkan propaganda konon ‘dah cukup jumlah’ untuk menggugat kestabilan politik telah mendapat reaksi pelbagai pihak.

Dari ketua-ketua parti hingga Yang di-Pertuan Agong menafikan Raja-Raja tidak terbabit dalam percaturan politik negara.

Penafian demi penafian tetapi kerana dunia media sosial menguasai pemikiran rakyat Malaysia, maka provokasi kerajaan tumbang itu sedikit sebanyak menggugat kestabilan politik dan mampu menjejaskan ekonomi.

Kerana PN menguasai pengundi Melayu sekitar 60 peratus ketika ini, maka mereka semakin galak menggunakan segala ruang yang ada memainkan isu agama dan perkauman.

Ya, cara itu sangat efektif di Semenanjung tetapi tidak di bumi Borneo yang terkenal dengan sikap toleransi beragama.

Disebabkan itu, Pas tiada tempat bertanding di PRN Sabah. Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Jeffrey Kitingan berkata keputusan tersebut disebabkan sentimen di peringkat akar umbi.

Perkara yang sama, Proklamasi Orang Melayu yang ditandatangani Presiden Pas di Semenanjung tidak terpakai di Sarawak.

Daripada pemimpin-pemimpin tempatan hingga rakyat Sabah dan Sarawak menganggap kehadiran Pas boleh menggugat keharmonian di bumi Borneo.

Anda lihat di ruangan komen rakyat Sabah mengulas kehadiran Ahli Jawatankuasa Pas Pusat Ir. Khairil Nizam Khiruddin di Konvensyen Pas Sabah.

Sebab itu, kekuatan PN hanyalah menguasai negeri majoriti 70 hingga 90 peratus orang Melayu.

Mereka boleh berbangga untuk kawasan tertentu tetapi mereka tahu menguasai orang Melayu sahaja mustahil PN dapat menjadi kerajaan.

Pas mula membeli jiwa pengundi bukan Melayu apabila 60 peratus pengundi Melayu telah berjaya di’walaun’kan. Mereka telah cuba lebih bertolenrasi dengan kaum-kaum bukan Melayu.

Walaupun ‘Ulama’ serba tahunya memberitahu ‘Hanya orang munafik menjaga hati orang kafir’ tetapi kini pemimpin-pemimpin Pas tidak peduli lagi. Mereka perlu membeli jiwa orang bukan Islam yang melihat PaS sebagai parti yang rasis.

Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin mengucapkan ‘Merry Christmas’ yang sebelum ini dianggap haram dan MB Kedah memberi cuti umum kepada negeri Kedah sempena Thaipusam.

Malangnya ia tidak memberi sebarang makna. PAS perlu ingat ini zaman media sosial. Apa diucapkan di ceruk2 kampung di Terengganu itu boleh didengar hingga ke Tawau.

Sikap PAS itu dianggap hipokrit oleh rakyat Borneo kerana parti itu memperalatkan agama utk tujuan politik. Ini yg sgt merunsingkan PN kerana formula mereka hanya laku di kawasan Melayu tetapi bukan di kalangan bukan Melayu.

Tanpa Sabah & Sarawak PN sudah kehilangan 56 kerusi. Manakala kerusi bukan Melayu lain dari DAP sebanyak 46. Kerusi bukan Melayu serta Borneo sudah berjumlah 102.

Bermakna PKR serta UMNO hanya perlu menang 15 kerusi sahaja utk kemenangan simple majority. Tentu tidak mendatangkan masalah kerana kawasan Malay Urban mampu diraih parti2 lain seperti PKR, UMNO dan Amanah.

Berbalik kpd isu ‘dah cukup jumlah’, kita ingin bertanya dari celah mana mereka mendapat cukup sokongan tersebut sdgkan Borneo terang2 menolak kerjasama dgn PAS.

Pesanan kpd penyokong2 PN atau yg digelar walaun… jgn mudah dikotak katikkan pemikiran anda.

Jadi lah jiwa yg merdeka jgn jadi hamba. Merdekakan minda anda agar tidak mudah diperbodohkan.

Tiada ulasan: