"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Tsunami 3 meter dicatat berlaku berhampiran loji nuklear

Bernama-Xinhua
Keadaan di Ishikawa selepas gempa bumi bermagnitud 7.6 melanda kawasan itu. - FOTO AFP
Keadaan di Ishikawa selepas gempa bumi bermagnitud 7.6 melanda kawasan itu. - FOTO AFP
Tokyo: Tsunami setinggi kira-kira tiga meter dicatatkan di loji kuasa nuklear (NPP) Shika di wilayah Ishikawa, Jepun berikutan gempa bumi kuat yang melanda wilayah itu pada Hari Tahun Baharu, Isnin lepas, menurut pengendali loji itu, lapor Xinhua.

Hokuriku Electric Power Company pada Selasa berkata tsunami sampai di kemudahan itu pada 5.45 petang waktu tempatan, kira-kira 90 minit selepas beberapa siri gempa bumi dengan terbesar berukuran 7.6 magnitud melanda wilayah itu dan sekitarnya.

Hokuriku Electric berkata gelombang itu tidak menyebabkan masalah keselamatan kepada NPP itu kerana ia dibina kira-kira 11 meter dari paras laut dan mempunyai tembok laut setinggi empat meter.

Syarikat utiliti itu berkata, bagaimanapun, ketinggian tsunami itu tidak diketahui dengan segera kerana penghantaran data daripada peranti pengukur yang diletakkan di dasar laut berhenti daripada berfungsi selepas gempa bumi.

Syarikat tenaga itu mengeluarkan hasil analisis data dari pengukur aras air berdekatan dengan pengambilan air laut loji Shika, serta pengukur gelombang berdekatan dermaga loji.

Sementara itu, Hokuriku Electric menemui kerosakan pada beberapa elemen peralatan dalam sebuah pencawang dan talian penghantaran kuasa, tetapi kerosakan itu tidak memberi kesan kepada operasi loji itu.

Kedua-dua reaktor Nombor 1 dan 2 di loji Shika telah lama dimatikan sebelum gempa bumi berlaku.

Tiada ulasan: