"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Polis kesan wanita disyaki curi emas RM41,000

FMT Reporters
Rakaman CCTV menunjukkan seorang wanita yang dicari polis bagi membantu siasatan kes kecurian barang kemas di sebuah kedai emas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
PETALING JAYA: Polis mengesan seorang wanita yang disyaki mencuri dua rantai emas bernilai RM41,000 dari sebuah kedai emas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini.

Ketua Polis Kuala Pilah Amran Mohd Gani berkata pihaknya menerima laporan pada 3 Jan lalu berhubung kejadian kecurian barangan kemas di kedai emas tersebut.

Katanya, kecurian itu membabitkan dua utas rantai tangan emas seberat 132.75g bernilai RM41,085 yang disyaki dilarikan suspek.

“Daripada rakaman CCTV, polis mengesan seorang wanita Melayu berusia dalam lingkungan 30 yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan barangan kemas itu.

“Suspek dilihat memakai baju berwarna hijau, berseluar hitam, memakai tudung, bercermin mata dan memakai pelitup muka berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, polis meminta orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini memaklumkan kepada polis dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Ridhuan Rosli di talian 014-6263495 atau 06-4842222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Pusat Kawalan Daerah IPD Kuala Pilah di talian 06-4842999 atau mana-mana Balai Polis berdekatan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tiada ulasan: