"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rumah ahli Pas seumur hidup pun diroboh kerajaan Kelantan


SITI NUR ZAWANI

Salah sebuah rumah di Jalan Atas Paloh, Kota Bharu yang dimiliki oleh seorang ahli Pas seumur hidup turut dirobohkan kerajaan Kelantan.

Menerusi perkongsian aktivis AMANAH Kelantan, Mohd Hisyamuddin Ghazali, beliau sempat menemui Haji Mat yang meluahkan rasa cukup kesal terhadap tindakan penindasan yang dilakukan kerajaan negeri.

Keseluruhan 53 buah rumah penduduk telah dirobohkan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

“Haji Mat yang saya temui, seorang ahli Pas seumur hidup cukup kesal dengan apa yang dibuat oleh kerajaan Kelantan. Disertakan sijil keahlian Pas beliau.

“Waktu jentolak PKINK datang, beliau dan orang kampunf tengah merombak rumah mereka sendiri, pilih kayu-kayu yang elok dan simpan. 

“Malangnya PKINK tidak hiraukan rayuan dia bagi rombak sendiri dan terus dirobohkan,” kongsinya di Facebook sambil menunjukkan kad keahlian seumur hidup Haji Mat.
Ahli Pas
Ahli Pas
Hisyamuddin yang juga dikenali sebagai Syam Ghaz menempelak Pas yang kononnya riuh mahu membela penduduk Kampung Setia Jaya di Setapak, namun bertindak zalim kepada pengundi dan penyokongnya sendiri di Kelantan.

Difahamkan, sebahagian penduduk Jalan Atas Paloh yang dijanjikan Rumah Rakyat Kota Bharu Badang terpaksa menyewa di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) gara-gara rumah yang dijanjikan tidak siap sehingga sekarang.

Syam Ghaz berkata, janji tinggal janji apabila akhirnya rumah transit tidak diberi, malah perjanjian itu juga sekadar modal semasa pilihan raya.

“Janji tinggal janji, tapak rumah diambil alih, rumah transit kebanyakannya tidak dapat, rumah dijanjikan hanya modal pilihanraya masa tu sahaja.

“Kebanyakannya yang tiada rumah terpaksa menyewa rumah sekitar dan masih ramai terpaksa menumpang di rumah jiran,” katanya.

Tiada ulasan: