"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Ketua Dewan Ulama Pas: Sanusi berkaraoke tengah malam untuk sebar dakwah

Harapandaily
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP), Datuk Ahmad Yahaya berkata, setiap sasaran dakwah mempunyai pendekatan dan cara yang berbeza.

Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena itu, terdapat golongan yang didekati melalui kuliah-kuliah ilmu tetapi ada yang di padang bola, stadium serta ruang-ruang di media sosial.

Dia berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penutup pada Munaqasyah Ucapan Dasar Presiden di Kedah baru-baru ini.

“Mereka ini tidak hadir kuliah-kuliah ilmu. Jadi, macam mana kita nak ambil (mereka) ini?

“Mungkin apa yang dilakukan oleh Datuk Seri MB (Sanusi) sampai tengah malam….,” katanya.
Ahmad Yahaya
Malah, Pesuruhjaya Pas Kedah itu berkata, pihak lawan hanya melihat Pas sebagai parti dari sudut agama sahaja sedangkan Pas juga ada tanggungjawab untuk mendekati bukan dari golongan agama.

“Mungkin nampak kurang selesa atau kurang sesuai tetapi yang hebatnya setiap kali MB ‘live’ di TikTok, isterinya akan ada di sebelahnya.
“Tengok di TikTok tu, nampak dua sahaja (MB dan host wanita) tapi isterinya ada bersama.

“Tapi tak apa, Pas akan urus hal ini tetapi dalam masa yang sama pandangan Sanusi sendiri juga ada pertimbangan di pihak kita,” kata Ahmad lagi.

Tiada ulasan: