"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Guru disyaki amang seksual murid direman seminggu

FMT Reporters

PETALING JAYA: Guru sekolah dekat Tumpat direman seminggu bermula hari ini kerana disyaki melakukan amang seksual terhadap murid lelakinya berusia 12 tahun, sejak Mac lalu.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 49 tahun dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.

Guru matematik itu dipercayai melakukan amang seksual terhadap kanak-kanak berkenaan di semasa sesi persekolahan.

Perbuatan itu turut dilakukan dalam sebuah kereta di kawasan sebuah pusat beli-belah, di Kota Bharu dan dalam sebuah resort dekat Pantai Cahaya Bulan, selain dipercayai sering mengambil mangsa untuk keluar berjalan-jalan.

Ketua Polis Tumpat Mohd Khairi Shafie mengesahkan laporan itu kepada Kosmo.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tiada ulasan: