"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki hilang ketika semak gaji ditemukan terapung

Melvin Joni
am@hmetro.com.my

Sibu: Lelaki yang dilaporkan hilang pada 6 September lalu selepas dikatakan keluar menyemak gajinya di bank ditemukan terapung di Sungai Batang Igan, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, mayat mangsa berusia 23 tahun itu dijumpai pada 10.07 malam di Wharf Toung Aik Shipyard Sdn Bhd.

"Mayat mangsa dijumpai di longgokan kayu antara kapal yang berlabuh di pelabuhan berkenaan.

"Selepas berbincangan dengan polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM), pasulan operasi pihak APM menggunakan bot untuk mengambil mayat mangsa," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, pihak polis juga mengesahkan mayat yang ditemukan itu adalah mangsa yang dilaporkan hilang pada 1 tengah hari 6 September lalu.

Berdasarkan maklumat daripada orang awam, motosikal mangsa ditemukan di Jambatan Lanang.

Bapa mangsa dalam laporannya mendakwa anaknya keluar rumah untuk menyemak wang gajinya di bank pada 8 malam 5 September lalu.

Tiada ulasan: