"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Rogol adik ipar, lelaki dipenjara 42 tahun dan 30 sebatan

Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my
PEMOTONG rumput dihukum penjara 42 tahun dan 30 sebatan kerana merogol adik ipar yang ketika kejadian berusia 12 tahun. FOTO Ghazali Kori.
PEMOTONG rumput dihukum penjara 42 tahun dan 30 sebatan kerana merogol adik ipar yang ketika kejadian berusia 12 tahun. FOTO Ghazali Kori.
Kuala Terengganu: Pemotong rumput dijatuhi hukuman penjara 42 tahun dan 30 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini kerana merogol adik iparnya yang berusia 12 tahun pada 2021.

Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas tertuduh berusia 39 tahun didapati bersalah terhadap tiga pertuduhan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Lelaki itu didakwa merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 12 tahun di sebuah rumah di Marang antara Februari hingga Julai 2021.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh dihukum penjara 14 tahun dan 10 sebatan, dengan hukuman penjara bermula dari tarikh sabitan iaitu hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah mengarahkan hukuman penjara bagi pertuduhan kedua dan ketiga berjalan serentak selepas selesai menjalani hukuman bagi pertuduhan pertama.

Tertuduh juga hanya boleh dikenakan 24 sebatan, memandangkan Seksyen 288 Kanun Prosedur Jenayah hanya membenarkan hukuman sebatan maksimum 24 kali.

Selain itu, tertuduh dibenarkan menjalani penangguhan hukuman dengan jaminan sebanyak RM35,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Noradila Ab Latif.

Tiada ulasan: