"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

2 pekerja asing maut tertimbus

FMT Reporters

Kejadian berlaku ketika pekerja warga Bangladesh itu melakukan kerja pengorekan longkang di tapak pembinaan di Seksyen U15, Shah Alam.
Anggota bomba menunjukkan kawasan dua pekerja asing tertimbus ketika melakukan kerja mengorek longkang di Seksyen U15, Shah Alam hari ini. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA: Dua pekerja warga asing ditemukan maut selepas tertimbus dalam runtuhan tanah ketika melakukan kerja pengorekan longkang di tapak pembinaan di Seksyen U15, Shah Alam hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Wan Md Razali Wan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 10.29 pagi.

Beliau berkata pihaknya menghantar sepasukan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jelutong bergegas dan mendapati mangsa merupakan warga Bangladesh berusia 30 dan 25 tahun.

“Mangsa tertimbus dalam runtuhan tanah dan konkrit ‘culvert U box’ semasa melakukan kerja pembinaan longkang.

Mangsa pertama dikeluarkan pada 11.12 pagi manakala mangsa kedua pada 11.35 pagi, katanya dalam kenyataan.

Tiada ulasan: