"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Fatin Darynn hilang dari asrama sejak Sabtu

Nazdy Harun
am@hmetro.com.my
FATIN Darynn Erisha Azmirudin hilang dari asrama sebuah sekolah berasrama penuh di Hulu Terengganu. FOTO Ihsan Polis
FATIN Darynn Erisha Azmirudin hilang dari asrama sebuah sekolah berasrama penuh di Hulu Terengganu. FOTO Ihsan Polis
Kuala Berang: Seorang pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Hulu Terengganu dipercayai menghilangkan diri dari asrama sejak Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, kehilangan Fatin Darynn Erisha Azmirudin, 16, disedari seorang daripada gurunya.

Beliau berkata, susulan itu, satu laporan polis dibuat di Balai Polis Kuala Berang semalam.

"Fatin Darynn Erisha beralamat di Taman Tiara Paka, Paka, Dungun didapati hilang dari sekolah berkenaan Sabtu lalu.

"Kita (polis) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengetahui keberadaan Fatin Darynn Erisha supaya menghubungi balai polis," katanya.

Tiada ulasan: