"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Remaja 14 tahun hilang lepas ambil kain

Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
A Yuvina Rath dilaporkan hilang selepas keluar mengambil kain di luar rumahnya di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Perdana, semalam. FOTO Viral TikTok
A Yuvina Rath dilaporkan hilang selepas keluar mengambil kain di luar rumahnya di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Perdana, semalam. FOTO Viral TikTok
Subang: Seorang remaja perempuan dilaporkan hilang selepas keluar mengambil kain di luar kediaman di sebuah pangsapuri di Taman Puchong Perdana, di sini, semalam.

Maklumat kehilangan A Yuvina Rathy, 14, dikongsi oleh ahli keluarganya menerusi TikTok.

Difahamkan, kali terakhir abang melihat adik perempuannya itu sedang mengambil kain di luar rumah namun beberapa minit kemudian dia mendapati adiknya sudah tiada.

Pada hari kejadian, Yuvina Rathy dilihat memakai baju jersi berwarna putih dan seluar pendek hitam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat mengesahkan menerima laporan kehilangan remaja terbabit semalam.

Beliau berkata, siasatan diklasifikasi sebagai orang hilang.

Katanya, pihak polis kini sedang berusaha untuk mengesan remaja itu.

Tiada ulasan: