"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kanak-kanak diliwat, diajar meliwat: Ini fitnah jahat - GISBH

Malaysiakini

GISB Holdings Sdn Bhd menafikan dakwaan kanak-kanak di rumah amal mereka diliwat dan diajar meliwat.

Syarikat yang dikaitkan dengan bekas anggota kumpulan haram Al-Arqam itu berkata rumah amal yang berdepan dakwaan itu bukan berada bawah kendalian mereka pun.

“Juga, bukan menjadi dasar kami untuk merancang dan melaksanakan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat Islam dan undang-undang negara. 

“Sebaliknya GISBH sentiasa berusaha memastikan Islam sebagai cara hidup diamalkan dalam seluruh aspek kehidupan,” katanya.

Ketua Polis Negara Razarudin Husain semalam mengesahkan polis memulakan siasatan terhadap kumpulan perniagaan GISBH. 

Katanya, serbuan dibuat di 18 premis sekitar Selangor dan Negeri Sembilan selepas polis menerima laporan pada 2 September berhubung dakwaan pengabaian kanak-kanak, amang seksual dan cabul.

Katanya, daripada risikan dan keterangan yang diperoleh, mangsa diajar meliwat, seterusnya diliwat oleh penjaga dan dipaksa meliwat penghuni kanak-kanak yang lain.

GISBH disiasat bawah Akta Kanak-kanak 2001 (Akta 611), Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).

Dalam kenyataan terbarunya, GISB menyifatkan dakwaan terhadap mereka sebagai tuduhan berat untuk “menimbulkan prasangka, fitnah dan berniat jahat”.

“Kami yakin wujud pihak-pihak tertentu yang mempunyai agenda tersembunyi dan terancang bagi menjatuhkan imej dan perniagaan syarikat kami,” katanya.

Syarikat itu justeru mengancam membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap penuduhnya.

GISBH sebelum ini beberapa kali menafikan sebarang perkaitan dengan Al-Arqam.

Tiada ulasan: