"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemandu terlelap, kereta terjunam 30m dari jambatan

FMT Reporters

Pemandu, seorang lelaki berusia 53 tahun, bagaimanapun hanya cedera di badan dan kaki kanan, menurut polis.
Sebuah kereta terjunam 30m dari Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka pagi tadi. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA: Seorang lelaki nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terjunam kira-kira 30m dari Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka pagi tadi.

Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 pagi ketika lelaki berusia 53 tahun itu sedang memandu dari arah pusat bandar menghala ke Limbongan.

Katanya, lelaki itu dipercayai terlelap, menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut.

Lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki kanan itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan, katanya, lapor Bernama.

Christopher berkata, polis sedang berusaha mengesan saksi kejadian dan kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Tiada ulasan: