"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pekerja kilang maut dihempap pokok

FMT Reporters

PETALING JAYA: Seorang pekerja kilang maut selepas motosikal ditungganginya dihempap pokok ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Alor Gajah, Melaka pagi tadi.

Mangsa, Ikhmal Hakimi Hasrul Rizuan, 18, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala, dalam kejadian kira-kira 6.30 pagi itu.

Ketua Polis Alor Gajah, Ashari Abu Samah, berkata polis menerima laporan kemalangan itu pada 6.50 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan pulang dari arah Alor Gajah menghala ke rumah di Taman Lendu Bakti, Masjid Tanah.

“Ketika tiba di lokasi dipercayai sebatang pokok tumbang menghempap tangki motosikal sehingga menyebabkan penunggang jatuh di atas jalan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Mayatnya dibawa ke Unit Forensik Hospital Alor Gajah untuk proses bedah siasat dan kenderaan terbabit ditahan untuk dibawa ke Puspakom bagi pemeriksaan kenderaan, katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Beliau berkata, pihaknya sedang mengesan saksi bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tiada ulasan: