"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

JAKIM diarah jumpa GISB Holdings tak berkompromi soal akidah

Harapandaily

Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan akidah umat Islam kerana ia perkara asas yang seharusnya dipelihara setiap masa.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, masyarakat yang mempunyai apa-apa maklumat berkaitan kegiatan diragui dan boleh memesong akidah umat Islam perlu melaporkannya kepada pihak berwajib.

“Orang ramai boleh membuat laporan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan pihak berkuasa agama di negeri masing-masing.

“Penyaluran maklumat kepada pihak berkaitan penting sebagai asas dan maklumat sokongan kepada pihak berkuasa termasuk Jabatan Agama Islam negeri-negeri dalam melakukan siasatan kepada isu yang dikaitkan dengan pihak terbabit,” katanya hari ini.

Menerusi satu kenyataan pada akaun Facebook miliknya, beliau berkata demikian mengulas mengenai arahan pertemuan JAKIM bersama pihak wakil syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB).

Semalam, Mohd Na’im mengesahkan akan ada libat urus dengan wakil syarikat GISB susulan pelbagai dakwaan terpalit dengan syarikat yang didakwa mempunyai kaitan dengan ajaran sesat al-Arqam dan Rufaqa yang antaranya mengeksploitasi agama dan kanak-kanak untuk meminta derma serta menjalankan perniagaan.

Tiada ulasan: