"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lelaki tersepit bawah pokok tumbang meninggal dunia

FMTReporters
Pokok tumbang hancur lori highway
Bomba berjaya mengeluarkan seorang lelaki tidak sedarkan diri dari bawah sebatang pokok tumbang namun mangsa kemudian disahkan meninggal dunia. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Seorang lelaki meninggal dunia selepas tersepit bawah pokok tumbang di Selayang, petang tadi.

Bomba menemukan lelaki itu dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas menerima panggilan kecemasan pada 2.19 petang tadi. Mangsa berjaya dikeluarkan pada 2:35 petang.

Kementerian Kesihatan mengesahkan kematian lelaki itu, dan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Menurut bomba, sebatang pokok tumbang menghempap sebuah motosikal yang ditunggang lelaki itu, dan sebuah lori, dalam kejadian di Setia Eco Templer.

Pengguna media sosial turut kongsi video kejadian.

Menurut bomba, kerja-kerja mengalihkan pokok tumbang telah selesai dilakukan. Kerja-kerja menyelamat membabitkan enam anggota daripada balai bomba Selayang.

Tiada ulasan: