Safeek Affendy Razali
am@hmetro.com.my
Ampang Jaya: Mayat lelaki yang identitinya belum dikenal pasti ditemukan dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di kawasan parkir Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Jaya, di sini, pagi tadi.
Mayat ditemukan jam 7.30 pagi oleh anggota kereta peronda (MPV) yang melakukan penugasan rondaan sebelum kepada Pusat Kawalan Daerah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa berada dalam keadaan tertiarap tanpa sebarang pakaian.
"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Ampang.
"Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya kepada media hari ini.
Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan, khususnya lelaki, supaya tampil membantu siasatan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi IPD Ampang Jaya, di talian 03-4289 7222," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan