Dawn Chan
KLANG: Lelaki warga Nepal dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menikam seorang lelaki hingga maut menggunakan gunting dalam pergaduhan di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Norliza Othman turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh, Saravanan Periyasamy, 52, atas tuduhan mencederakan seorang wanita berusia 22 tahun yang ditikam pada bahagian tangan ketika cuba melindungi mangsa.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Menerusi alasan penghakiman bertarikh 9 Oktober lalu, Norliza berkata, pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata.
Beliau turut menolak dakwaan tertuduh bahawa tindakan itu adalah untuk mempertahankan diri memandangkan bukti menunjukkan tertuduh yang memulakan serangan.
Menurut Norliza, kecederaan yang dialami mangsa, R Sumeen, 23, adalah disengajakan dan membabitkan organ penting.
Perkara itu jelas membuktikan niat Saravanan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.
Dalam menjatuhkan hukuman, Norliza berkata, mahkamah mengambil kira faktor tertuduh adalah pesalah kali pertama dan berusia 52 tahun ketika kejadian berlaku.
“Tertuduh wajar diberi peluang untuk insaf dan kembali ke pangkuan keluarganya di Nepal selepas selesai menjalani hukuman.
“Masa tidak dapat mengembalikan apa yang telah berlaku antara tertuduh dan mangsa. Mahkamah ini percaya tertuduh menyesali perbuatannya setelah menyedari satu nyawa melayang di tangannya.
“Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia harus dinafikan peluang untuk memulakan hidup baharu,” katanya.
Mahkamah turut mengecualikan tertuduh daripada hukuman sebatan memandangkan usianya sudah melebihi 50 tahun ketika kesalahan itu dilakukan.
Kejadian berlaku pada jam 7.45 malam di rumah pangsa di Taman Chi Liung, Pandamaran, pada 8 Mei 2023.
Lelaki warga Nepal dijatuhi hukuman penjara 35 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah menikam seorang lelaki hingga maut menggunakan gunting dalam pergaduhan di Pelabuhan Klang, tiga tahun lalu.
Hakim Mahkamah Tinggi, Norliza Othman turut menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap tertuduh, Saravanan Periyasamy, 52, atas tuduhan mencederakan seorang wanita berusia 22 tahun yang ditikam pada bahagian tangan ketika cuba melindungi mangsa.
Mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak.
Menerusi alasan penghakiman bertarikh 9 Oktober lalu, Norliza berkata, pembelaan tertuduh hanyalah bersifat penafian semata-mata.
Beliau turut menolak dakwaan tertuduh bahawa tindakan itu adalah untuk mempertahankan diri memandangkan bukti menunjukkan tertuduh yang memulakan serangan.
Menurut Norliza, kecederaan yang dialami mangsa, R Sumeen, 23, adalah disengajakan dan membabitkan organ penting.
Perkara itu jelas membuktikan niat Saravanan menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa.
Dalam menjatuhkan hukuman, Norliza berkata, mahkamah mengambil kira faktor tertuduh adalah pesalah kali pertama dan berusia 52 tahun ketika kejadian berlaku.
“Tertuduh wajar diberi peluang untuk insaf dan kembali ke pangkuan keluarganya di Nepal selepas selesai menjalani hukuman.
“Masa tidak dapat mengembalikan apa yang telah berlaku antara tertuduh dan mangsa. Mahkamah ini percaya tertuduh menyesali perbuatannya setelah menyedari satu nyawa melayang di tangannya.
“Bagaimanapun, itu tidak bermakna dia harus dinafikan peluang untuk memulakan hidup baharu,” katanya.
Mahkamah turut mengecualikan tertuduh daripada hukuman sebatan memandangkan usianya sudah melebihi 50 tahun ketika kesalahan itu dilakukan.
Kejadian berlaku pada jam 7.45 malam di rumah pangsa di Taman Chi Liung, Pandamaran, pada 8 Mei 2023.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan