"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kepala air Sungai Pertak: 5 mangsa sudah ditemui

KOSMO!
Pasukan SAR membawa keluar mangsa yang ditemui di kawasan sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, hari ini.
HULU SELANGOR – Lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Baharu, di sini, semalam ditemukan setakat ini.

Tinjauan wartawan di lokasi mendapati, empat lagi mangsa ditemukan selepas seorang mangsa lelaki ditemukan lebih awal kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran tapak perkhemahan Sungai Luit kira-kira pukul 9.20 pagi.

“Seorang lagi mangsa ditemukan berhampiran kawasan sama pada pukul 10.20 pagi, kira-kira 1.2 kilometer dari lokasi kejadian.

“Kesemua mangsa kini dalam proses dibawa keluar oleh anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR),” katanya di lokasi.

Terdahulu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditemukan meninggal dunia di kawasan Jambatan Pertak kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.

Menurut Ashrul Riezal, operasi SAR diteruskan pagi ini dengan kawasan pencarian dibahagikan kepada empat sektor bagi memperluas usaha mengesan mangsa yang masih hilang.

“Sektor A meliputi kawasan Lata Jebus hingga Lubuk Pertak, manakala Sektor B dari Lubuk Pertak hingga Jambatan Dam.

“Sektor C pula membabitkan kawasan Jambatan Dam, sementara Sektor D meliputi kawasan empangan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: