Agensi
Fukuoka: Seorang lelaki berusia 27 tahun ditahan polis kerana disyaki melakukan hubungan intim tanpa kerelaan dengan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di sebuah pusat karaoke di Bandar Yame, Wilayah Fukuoka.
Bagaimanapun, suspek, Koki Sugitani mendakwa, dia menyangka mangsa berusia 19 tahun.
Sugitani yang bekerja di sebuah syarikat dan menetap di Bandar Kurume, didakwa membawa mangsa yang juga murid darjah enam sekolah rendah ke pusat karaoke berkenaan sebelum melakukan perbuatan seksual terlarang dengannya di dalam bilik persendirian.
Menurut media tempatan, suspek mengenali mangsa menerusi media sosial dan membawanya ke lokasi kejadian menggunakan kereta.
Polis berkata, Sugitani menafikan sebahagian daripada dakwaan terhadapnya dengan mendakwa dia menyangka mangsa berusia 19 tahun.
Menurut polis, pada 25 Ogos lalu, suspek menghantar mesej kepada mangsa menerusi media sosial, termasuk mengajaknya untuk meluangkan masa bersama sebelum mereka bertemu.
Suspek kemudian membawa mangsa ke pusat karaoke berkenaan menggunakan keretanya.
Kejadian itu terbongkar selepas ibu bapa mangsa menghubungi polis bagi melaporkan anak perempuan mereka tidak pulang ke rumah pada 25 Ogos lalu.
Susulan laporan itu, anggota polis menemui mangsa sedang berjalan sendirian di sebatang jalan di Yame sebelum membawanya ke bawah jagaan pihak berkuasa untuk perlindungan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan