"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kelantan: Selepas 11 tahun, akhirnya Khairul tertangkap juga

Sharifah Mahsinah Abdullah
am@hmetro.com.my
Khairul ketika ditahan, hari ini. FOTO Sharifah Mahsinah Abdullah
Khairul ketika ditahan, hari ini. FOTO Sharifah Mahsinah Abdullah
Tumpat: Selama 11 tahun, seorang pengangkut berusia 31 tahun mencari rezeki dengan membawa ternakan yang dipercayai diseludup dari Thailand ke pelbagai destinasi di seluruh negara dengan memperoleh upah antara RM350 hingga RM450 bagi setiap perjalanan.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Khairul itu berkata, dia mula mengangkut lembu, kambing dan pelbagai jenis ternakan lain dari sempadan Kelantan-Thailand ke beberapa destinasi termasuk Selangor dan Johor sejak 2015.

Dengan purata tiga perjalanan seminggu, lelaki dari Chabang Empat, di sini, yang juga bekerja sebagai pemandu lori itu mampu memperoleh pendapatan hingga RM6,000 sebulan hasil kerja berkenaan.

Bagaimanapun, nasibnya tidak menyebelahinya apabila dia ditahan anggota penguat kuasa sempadan ketika dipercayai membawa tujuh ekor rusa untuk dihantar ke Besut, Terengganu hari ini.

"Saya dibayar RM200 untuk menghantar rusa itu ke Terengganu, tetapi nasib tidak menyebelahi saya apabila ditahan.

"Ini kali kedua saya ditahan pihak berkuasa penguat kuasa sempadan. Kali pertama adalah tahun lalu," katanya ketika ditemui.

Khairul berkata, dia sudah lebih sedekad melakukan perjalanan dari kawasan sempadan Kelantan ke negeri lain dengan membawa pelbagai jenis ternakan termasuk lembu dan kambing yang dipercayai diseludup dari Thailand.

Dia mengakui sentiasa bimbang akan ditahan pihak berkuasa, namun berjaya mengelak daripada dikesan sepanjang tempoh itu.

"Mengangkut binatang seludup sudah menjadi pekerjaan saya sejak sekian lama dan selama ini saya memang pandai mengelak daripada dikesan pihak berkuasa tetapi hari ini, saya tidak berjaya," katanya berseloroh.

Sementara itu, sumber berkata, Khairul dipercayai antara ramai pengangkat barang yang 'beroperasi' di sepanjang sempadan Kelantan yang berkerjasama dengan sindiket penyeludupan.

Katanya, kegiatan penyeludupan itu bukan sahaja membabitkan ternakan, malah turut membabitkan pelbagai jenis barangan kontraban lain.

Tiada ulasan: