"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

3 maut disambar petir di Sepang

FMT Reporters

Kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi libat mangsa berusia 16, 18, dan 26 tahun.
Tular di media sosial tiga individu terbaring dan meninggal dunia disambar petir, dalam kejadian di Bandar Baru Salak Tinggi. (Gambar X)
PETALING JAYA: Tiga lelaki maut dipercayai akibat disambar petir di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, hari ini.

Kejadian melibatkan mangsa masing-masing berusia 16, 18, dan 26 tahun disahkan oleh Ketua Polis Sepang Norhizam Bahaman.

Norhizam berkata, tiga lelaki itu disambar petir ketika berteduh di bawah sebatang pokok di kawasan itu.

“Mangsa berteduh selepas membaiki sebuah kenderaan berhampiran,” katanya, lapor Bernama.

Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, untuk bedah siasat.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan tiga individu terbaring dan meninggal dunia akibat disambar petir ketika kejadian hujan lebat hari ini.

Tiada ulasan: