FMT Reporters
Polis giat mengesan tiga lagi individu disyaki turut terbabit kejadian itu bagi membantu siasatan.

Tangkap layar video tular menunjukkan beberapa individu membakar mercun di tengah jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa, Skudai, semalam.
PETALING JAYA: Empat lelaki ditahan selepas tular video pembakaran mercun di tengah jalan raya berhampiran lampu isyarat Taman Nesa di Skudai, semalam.
Ketua Polis Johor Bahru Utara, Azrol Anuar Nor, berkata suspek berusia 16 hingga 25 tahun itu ditahan di sekitar Skudai kira-kira 7.30 malam tadi.
“Hasil semakan mendapati semua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala keputusan ujian saringan awal air kencing terhadap mereka juga negatif,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Johor Bahru hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 286 Kanun Keseksaan dan Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Jelasnya, polis giat mengesan tiga lagi individu disyaki turut terbabit dalam kejadian itu bagi membantu siasatan.
Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Utara di talian 07-5563122.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan