"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terengganu: Pulang berkonvoi RXZ, pemuda maut rempuh lori

NURSYASYA NADHIRAH ZABIDI
Keadaan motosikal Yamaha RXZ terlibat dalam nahas maut mengorbankan Ahmad Syamil di KM 414, LPT 2 berhampiran Ajil Hulu Terengganu semalam.
HULU TERENGGANU – Kegirangan sekumpulan peminat motosikal Yamaha RXZ yang dalam perjalanan pulang daripada menyertai program permotoran bertukar duka apabila salah seorang daripada mereka maut manakala dua lagi cedera parah terlibat nahas di Kilometer (KM) 414, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Ajil di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan pada pukul 10.20 malam itu, mangsa, Ahmad Syamil Nordin, 23, yang merupakan pembantu kedai makan meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.

Dua lagi rakannya masing-masing berusia 28 dan 33 tahun yang menunggang motosikal Yamaha RXZ lain pula patah kaki dan tulang bahu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kejadian, Ahmad Syamil dan beberapa rakan-rakannya dikatakan dalam perjalanan pulang ke Kuala Terengganu selepas menyertai program Ride Silaturahim Dungun Calling 2.0 di Dungun.

“Kemalangan dikatakan berlaku selepas sebuah lori mengubah haluan ke lorong kanan lebuh raya untuk mengelak daripada merempuh sebuah motosikal yang terjatuh akibat hilang kawalan.

“Motosikal Yahama RXZ ditunggangi mangsa (Ahmad Syamil) yang berada di belakang gagal mengelak lalu merempuh belakang lori tersebut,” katanya di sini hari ini.

Sharudin berkata, motosikal Yamaha RXZ lain pula gagal mengelak lalu merempuh motosikal Ahmad Syamil.

Beliau berkata, mayat Ahmad Syamil telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Hulu Terengganu, di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tiada ulasan: