"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Rupanya Orang UMNO pun marah juga Parlimen Tak Bubar!

WTKO
Parlimen Malaysia akan terbubar secara aotomatik pada 28 April 2013. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi pemimpin negara pertama yang membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya dan menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun yang diberikan kata penulis-penulis mengampu dalam banyak akhbar.
Tak ada idea nak cakap, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif, terutama dari segi pembangunan negara. Katanya lagi, ini kerana kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh pilihan raya umum (PRU) yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan di negara ini, khususnya... kan ada logiknya!

Tapi tak semua orang UMNO jadi bodoh dan pengampu macam itu. Ada juga ahli UMNO 'berkurun-kurun' pun tak suka tentang perkara ini. Malah mereka bertindak keluar daripada UMNO dan menyertai PAS.

112 orang ahli UMNO daripada 4 felda di Dun Ajil keluar parti menyertai PAS. Mereka terdiri dari 25 orang Felda Bukit Bading, 33 orang Felda Jerangau Barat, 34 orang Felda Tersat serta 20 orang dari Felda Mengkawang.

Selain daripada faktor marahkan DS Najib yang 'macam tangkai jering' tak nak bubar Parlimen, mereka juga marahkan Penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) di bursa saham yang dilihat merugikan peneroka.

Difahamkan dalam satu mesyuarat tertutup Dun Ajil, Dato' Rasol menengking SUK Dun kerana tidak bertindak dengan bijak mengatasi masalah ini.
Difahamkan beberapa orang dikalangan ahli felda berkenaan telah membuat temu janji untuk bertemu dengan Dato' Rasol tetapi malangnya beberapa kali tertangguh. Atas rasa tertipu kepimpinan kumpulan ini membuat keputusan untuk keluar parti.

Pihak kami cuba mendapatkan maklumat daripada 'orang' yang dikatakan ketua kumpulan ini, tetapi kami dinasihatkan untuk tidak membesarkan perkara ini kerana ini merupakan strategi untuk 'makan dalam' dalam PRU13 nanti.

Walau bagaimanapun kami rasa pihak pembaca berhak mendapatkan maklumat yang lebih telus maka kami telah berjumpa dengan seorang tua yang dikatakan taksub kepada UMNO sebelum ini.

Orang kampung panggil Pak Samad. Pak Samad masih berdelek Kuala Berang. Marah betul kepada Najib, katanya Najib ini tak macam bapak dia. Cakap pun manis tapi perut kotor.

Kami ingin penjelasan apa maksud perut kotor tu! Pak Samad, meninggi suara 'eh budok' kotor lah pasal 'kederah' harta rakyat.

Mengikut sumber yang kami terima DUN Ajil pada tahun ini akan jatuh kepada PAS melalui undi sebotaj.

Memang Dun Ajil Kubu kuat UMNO, pilihan raya 1999 BN masih mengekalkan Dun ini dengan kemenangan tipis 125 undi.

Kemenangan diteruskan pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 dan 2008 yang menyaksikan BN menang majoriti undian daripada 3,783 kepada 4,727 undi dengan mempertaruhkan calon yang sama, Rosol Wahid.

Kita lihat nanti bagaimana Rosol Wahid dijatuhkan oleh orang 'kanan'nya sendiri. Sejarah pasti akan dikenang sampai bila-bila.

Tiada ulasan: