"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Papa Gomo dah ‘panik’

Detikdaily
KUALA LUMPUR: PKR tetap dengan dakwaan mereka terhadap penulis blog pro-Umno Papa Gomo, kata Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini, sambil menambah parti tersebut akan mendedahkan lebih banyak lagi bukti untuk mengesahkan identiti lelaki di belakang blog kontroversi itu.

Rafizi tetap dengan pendirian lelaki yang beliau namakan semalam Wan Muhammad Azri Wan Deris adalah Papa Gomo – bekas anggota polis pernah didakwa kerana rasuah dan juga “pengundi hantu” dengan dua pendaftaran dalam daftar pemilih.

Pemimpin PKR itu juga meremehkan penafian lelaki mendakwa dirinya Wan Muhammad Azri yang memberitahu akhbar berbahasa Melayu Sinar Harian melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) beliau bukanlah Papa Gomo seperti didakwa, tetapi merupakan seorang eksekutif sebuah syarikat media.

“Apa sahaja ianya, dia sedang panik,” kata Rafizi kepada The Malaysian Insider petang ini.

“Apa dia boleh lakukan sekarang ialah menafikan dirinya orang tersebut, tetapi ini akan berlanjutan dan lebih banyak bukti akan dikeluarkan untuk membuktikan sebaliknya,” tambah beliau.

Rafizi mengatakan PKR akan mengeluarkan lebih banyak bukti untuk mengesahkan Wan Muhammad Azri adalah orang dibelakang blog kontroversi www.papagomo.com, blog yang ditujukan untuk menghentam pakatan pembangkang persekutuan itu.

"Kami sedang membina kes terhadapnya..." tambah Rafizi dalam satu mesej lain. "... hanya masa yang menentukan."
Untuk menyokong dakwaannya, Rafizi menegaskan secara "senyap-senyap" Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan salah satu pendaftaran pemilih Wan Muhammad Azri dari rekod mereka pagi ini.

Yang dikeluarkan adalah data polis penulis blog tersebut kata Rafizi, dimana beliau mendaftar sebagai pengundi di Ampang semasa masih berkhidmat sebagai polis trafik.

"SPR telah mengeluarkan data polis. Jadi ini mengesahkan ianya adalah orang sama, sebab itu daftar pemilih pengundi posnya dikeluarkan," kata Rafizi.

Awal hari ini pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kewujudan pendaftaran pengundi berganda dalam rekod suruhanjaya tersebut tetapi memberi jaminan dalam Pilihan Raya 2013, mustahil ada pihak boleh mengundi lebih daripada sekali kerana penggunaan dakwat kekal.

Abdul Aziz juga mengatakan, badan tersebut akan menyemak dengan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) berhubung dengan pertuduhan mengenai Wan Muhammad Azri.

Debat mengenai latar belakang pemilik blog Papa Gomo timbul awal minggu ini apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan saman RM100 juta terhadap penulis blog tersebut yang menyiarkan gambar video seks palsu di lamannya.

Tiada ulasan: