"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IGP patut marah Najib!

senik

Assalamualaikum,,..

IGP bengang dengan Haris Salleh, tetapi mungkin bukan Haris Salleh yang membuat beliau marah. IGP berada di bawah tekanan yang melampau kerana beban untuk berdepan dengan pengganas Sulu diserahkan bulat bulat kepadanya sedangkan orang yang patut bertanggungjawab boleh bersenang lenang. IGP mungkin masih merasa bersalah ekoran kematian anggotanya di tangan pengganas.

Mungkin ketika ditanya wartawan mengenai dakwaan Haris, IGP masih terfikir bahawa kalau arahan dibuat secara tersusun dan berstrategi dari pemimpin atasan negara, keadaan tidak jadi macam sekarang, anggotanya mungkin masih hidup, kerana fikirannya masih berlegar legar kepada kesilapan strategi yang terpaksa difikirkan beliau sendirian, apatah lagi Haris memburukkan suasana dengan menyalahkan polis(atau dakwaan itu memang berlaku kerana kegeraman IGP kepada rumpun Suluk yang membunuh anggotanya), maka IGP hilang pertimbangan, orang yang sepatutnya dimarahinya ialah Najib!

IGP dibiarkan sendirian berdepan pengganas kerana Najib fikir ianya masalah dalaman negara yang kecil walaupun pengganas itu masuk dengan senjata. ATM tidak digerakkan dari awal, strategi perang tidak dihiraukan, akhirnya tinggallah IGP memegang mandat untuk menyelesaikan permasalahan keselamatan negara yang sepatutnya dipikul oleh PM.

Menteri dalam negeri pula tidak boleh diharapkan. Ketika ada bersama IGP di Lahad Datu, apa yang dia buat? minta pengganas Sulu letak jawatan? Sekali lagi IGP tinggal berseorangan untuk mengarahkan anak buahnya mengambil tindakan untuk keselamatan negara.

Kelemahan yang ketara, penulis tidak salahkan IGP, tetapi meminta IGP lebih berani mendedahkan kelemahan di peringkat awal pencerobohan, IGP patut nampak semua kelemahan itu dan IGP mempunyai sebab yang kukuh untuk menyalahkan Najib atas kematian anggota IGP. Lebih dari itu, keluarga si mati mesti diberitahu semua kelemahan dan kecuaian kerajaan bagi membolehkan mereka menuntut ganti rugi dari kerajaan. IGP bertanggungjawab untuk semua itu.

Semua tahu dan faham aspek keselamatan bukan perkara main main. Najib juga harus faham sebagai PM, bukan perkara mudah untuk memberikan mandat penuh kepada IGP secara sendirian untuk berdepan dengan pengganas yang bersenjata. Najib sepatutnya juga tidak bertindak bersendirian sebaliknya memanggil persidangan tergempar Parlimen bagi meminta sokongan dari semua termasuk pembangkang. Tapi Najib tidak lakukan itu walaupun Najib mendakwa isu ini mesti disokong oleh semua. Untuk mendapat sokongan dari semua, pendapat semua juga perlu diambil, caranya memanggil persidangan tergempar Parlimen. IGP mesti berani menyatakan perkara sebenarnya.

Najib tidak lakukan itu sekaligus menjadikan dia PM yang tidak berkelayakan untuk menjaga keselamatan rakyat dan pasukan keselamatan.

Tiada ulasan: